Akan bermula dalam masa:

MULTAQA SIDR 2026

Pengenalan

MULTAQA2026 berperanan sebagai platform institusi nasional utama Malaysia yang menghimpunkan kepimpinan tertinggi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku pihak berkuasa utama dalam tadbir urus kewangan sosial Islam negara, bersama ahli Jawatankuasa Fatwa, pemimpin industri, serta pemegang taruh utama sektor ketiga.

MULTAQA2026 mengetengahkan tema “Memperkukuh Aplikasi Syariah dalam Kewangan Sosial Islam”. Fokus MULTAQA2026 akan berkisar kepada lima isu utama berikut:

Inovasi Model dan
Instrumen Kewangan
Sosial Islam
Meneroka pendekatan baharu dalam reka bentuk zakat, wakaf dan instrumen kewangan sosial Islam bagi memperluas impak ekonomi dan kesejahteraan ummah.
Inovasi Institusi
dan Tadbir Urus
Membincangkan pembaharuan institusi, model kerjasama strategik dan amalan tadbir urus yang mampu meningkatkan kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti.
Pengukuran dan
Pengurusan Impak
Meneliti kaedah penilaian impak untuk mengukur keberkesanan kewangan sosial Islam dalam meningkatkan taraf hidup dan pembangunan masyarakat.
Fiqah, Polisi dan
Perundangan Zakat
Mengupas isu ijtihad kontemporari, pelaksanaan hukum fiqah zakat serta keselarasan antara prinsip Syariah, dasar kerajaan dan kerangka perundangan Malaysia.
Cabaran Operasi
dan Pelaksanaan
Zakat
Membincangkan isu zakat perniagaan, wakalah zakat serta cabaran ekonomi dan tadbir urus dalam memastikan pelaksanaan yang lebih efektif dan mampan.
Latihan Eksekutif

MULTAQA2026 turut menganjurkan LATIHAN EKSEKUTIF yang akan diadakan sehari sebelum persidangan. Program intensif ini direka khas untuk pengamal industri, pengawal selia, akademia dan pengurus institusi zakat serta wakaf bagi memperkukuh kefahaman praktikal dan kemahiran strategik dalam bidang kewangan sosial Islam.

Tokoh

image

YB Senator Dr Zulkifli Hasan

Menteri

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

image

Profesor Emeritus Dato’ Dr Mohd Azmi Omar

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INCEIF University

image

YBhg Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman

Ketua Pegawai Eksekutif

PPZ-MAIWP

image

YBhg Sheikh Dr Fadhl Abdullah Murad

Penolong Setiausaha Agung dan Ketua Fatwa

Kesatuan Ulama' Islam Antarabangsa

image

Datuk Profesor Madya Dr Luqman Abdullah

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan

Pensyarah Kanan Universiti Malaya

image

Profesor Dr Amir Shaharuddin

Pengarah Pusat Kecemerlangan

Kewangan Sosial Islam (CoEISF)

image

YBhg Dato' Anas Ahmad Zakie

Ketua Bahagian Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang (BSPUU)

Jabatan Peguam Negara

image

Dr Zaharuddin Abd Rahman

Penasihat Shariah

KWSP Simpanan Shariah

image

Profesor Dr Engku Rabiah Adawiah

Timbalan Pengerusi, Majlis Penasihat Syariah

Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

image

Haji Ahmad Husni Dato' Haji Abd Rahman

Pengurus Kanan Unit Syariah dan Antarabangsa

PPZ-MAIWP

image

Dato' Dr Abdul Basit Abdul Rahman

Pengerusi Yayasan Pondok Sungai Durian

Aturcara

8:30 AM Pendaftaran
9:30 AM
INOVASI DALAM KEWANGAN SOSIAL ISLAM (KSI)
Sesi 1: Menilai Semula Model KSI & Instrumen KSI Inovatif

  • Transformasi KSI: Daripada Bantuan kepada Pemberdayaan
  • Masa Hadapan Zakat dalam Ekosistem Perlindungan Sosial Negara
  • Model Pembiayaan Gabungan KSI
11:00 AM Minum pagi
11:15 AM
Sesi 2: Inovasi Institusi & Tadbir Urus

  • Memperkukuh Tadbir Urus Institusi KSI ke Arah Ketelusan dan Akauntabiliti
  • Meningkatkan Keyakinan Masyarakat terhadap Institusi Zakat dan Wakaf
  • Peranan Integriti dan Tadbir Urus dalam Menangani Ketirisan Dana Sosial Islam
1.00 PM Makan tengahari dan solat Zuhur
2:30 PM
PENGUKURAN DAN PENGURUSAN IMPAK
Sesi 3: Memahami Impak Kewangan Sosial Islam

  • Adakah Instrumen KSI Benar-Benar Mengurangkan Kemiskinan?
  • Bagaimana Mengukur Impak Sebenar Instrumen KSI?
  • Instrumen KSI dan Ketahanan Sosioekonomi
3:30 PM
Sesi 4: Menilai Keberkesanan Pengagihan Zakat dan Wakaf

  • Pengagihan Produktif vs Konsumtif
  • Kajian Kes Kejayaan Transformasi Asnaf
  • Digitalisasi Sistem Agihan: Kecekapan, Ketelusan dan Aksesibiliti
4.30 PM Minum petang dan bersurai
8:00 pagi Pendaftaran
9:00 pagi
Sesi 1: Ijtihad Zakat Kontemporari: Integrasi Fiqah dan Polisi Kerajaan

  • Keperluan Ijtihad Kontemporari dalam Fiqah Zakat
  • Penyesuaian Konsep Asnaf & Bentuk Agihan
  • Peranan Polisi Kerajaan & Autoriti Zakat
  • Integrasi Fiqah dan Polisi
Pembentang:
  • YBhg Sheikh Dr Fadhl Abdullah Murad
10.00 pagi Minum pagi
10:30 pagi
Diskusi Panel 1: Isu-isu Pelaksanaan Hukum Fiqah Zakat dalam Kerangka Perundangan Malaysia

  • Bidang Kuasa & Fragmentasi
  • Jurang antara Fatwa dan Penguatkuasaan
  • Isu Perundangan & Penguatkuasaan
  • Keperluan Harmonisasi & Reform
Pembentang:
  • YBhg Dato' Anas Ahmad Zakie
  • Profesor Dr Engku Rabiah Adawiah

Moderator:
  • Haji Ahmad Husni Dato' Haji Abd Rahman
11:30 pagi
Sesi 2: Zakat Perniagaan

Zakat Perniagaan dari Perspektif Mazhab Shafi’e
  • Asas-asas Zakat perniagaan dalam mazhab Shafi’e
Pembentang:
  • Dato Dr Abdul Basit Abdul Rahman

Zakat Perniagaan KWSP
Zakat Perniagaan dari Perspektif Mazhab Shafi’e
  • Mengupas aplikasi Zakat perniagaan yang diusahakan oleh pihak KWSP

Pembentang:
  • Dr Zaharuddin Abd Rahman
12.30 tenga hari Makan Tengah Hari dan Solat Zuhur
2:30 petang
Majlis Perasmian

Ucapan Alu-Aluan
YBhg Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman
Ketua Pegawai Eksekutif
PPZ-MAIWP


Ucaptama
Profesor Emeritus Dato' Dr Mohd Azmi Omar
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
INCEIF University


Ucapan Perasmian
YBhg YB Senator Dr Zulkifli Hassan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Pelancaran Malaysia's Islamic Social Finance Report 2026
3:30 petang
Diskusi Panel 2: Wakalah Zakat: Isu Shariah dan Tadbir Urus

  • Isu Shariah dalam Pelaksanaan Wakalah
  • Tadbir Urus & Akauntabiliti
  • Isu Pengoperasian Wakalah
  • Pelaporan & Ketelusan
Pembentang
  • Datuk Prof. Madya Dr Luqman Abdullah
  • YBhg Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman
Pendiskusi
  • Profesor Dr Amir Shaharuddin
5.00 petang
Ucapan Penutup
Profesor Dr Amir Shaharuddin
Pengarah
Pusat Kecemerlangan Kewangan Sosial Islam (CoEISF)
INCEIF University
5.30 petang Minum Petang & Program Tamat
8:00 pagi Pendaftaran
8:30 pagi
Sesi 3: Kesilapan (Ghalat) dari Perspektif Syariah dan perundangan

Sesi Selari 1: Perbankan Islam dan Pasaran Modal Islam
  • Ghalat menurut perspektif Syariah dan perundangan
  • Adakah semua ghalat membawa kepada situasi ketidakpatuhan Syariah?
  • Implikasi ghalat terhadap kesahan kontrak, sama ada kontrak sah, fasid atau terbatal
10:30 pagi Minum pagi
11:00 pagi
Sesi 4: Pembentangan Selari – Ghalat dalam Operasi Industri kewangan Islam

Sesi Selari 1: Perbankan Islam dan Pasaran Modal Islam
  • Contoh situasi ghalat
    1. Kesilapan dalam dokumentasi kontrak
    2. Kesilapan semasa pemeteraian akad
    3. Kesilapan tindakan semasa dalam pembiayaan
    4. Kesilapan yang dikesan selepas pembiayaan selesai
  • Contoh situasi ghalat yang membawa kepada ketidakpatuhan Syariah (SNC) dan yang tidak SNC
Sesi Selari 2: Takaful dan Takaful Semula
  • Contoh situasi ghalat
    1. Kesilapan dalam dokumentasi kontrak
    2. Kesilapan semasa penyertaan takaful
    3. Kesilapan semasa tempoh perlindungan / sijil
    4. Kesilapan yang dikesan selepas penamatan takaful
  • Contoh situasi ghalat yang membawa kepada ketidakpatuhan Syariah (SNC) dan yang tidak SNC
1.00 tengah hari Makan tengahari & Solat Zuhr
2:30 petang
Sesi 5: Kaedah Rekti kasi dan Penyucian (Purfication)

  • Kaedah rektifikasi situasi ghalat bagi perbankan Islam, takaful dan pasaran modal Islam
  • Contoh situasi yang perlu kepada penyucian dan tidak perlu kepada penyucian.
  • Kaedah pengiraan penyucian dan tadbir urus
4.30 petang Majlis penutup
5.00 petang Minum petang & Bersurai

Yuran Penyertaan

EARLY BIRD
Pendaftaran Awal
Individu Berkumpulan (3 Orang Dan Ke Atas)
LATIHAN EKSEKUTIF
RM 500

MULTAQA2026
RM 350

LATIHAN EKSEKUTIF + MULTAQA2026
RM 850
LATIHAN EKSEKUTIF
RM 500

MULTAQA2026
RM 300

LATIHAN EKSEKUTIF + MULTAQA2026
RM 800
Pendaftaran Biasa
Individu Berkumpulan (3 Orang Dan Ke Atas)
LATIHAN EKSEKUTIF
RM 650

MULTAQA2026
RM 550

LATIHAN EKSEKUTIF + MULTAQA2026
RM 1200
LATIHAN EKSEKUTIF
RM 600

MULTAQA2026
RM 500

LATIHAN EKSEKUTIF + MULTAQA2026
RM 1100
* Harga termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 8%.


Penganjur

Penganjur

Dengan Kerjasama

Dengan Kerjasama
Jangan lepaskan peluang anda SLOT SANGAT TERHAD !!!
Top